Thursday 19 December 2013

Kemasukan & Yuran




AHLAN WA SAHLAN...

Kemasukan untuk Sessi Pengajian Tahun 2014 telah pun dibuka mulai sekarang.  





Kadar Yuran

Pendaftaran    RM 500 - RM 1000 
(termasuk yuran bulanan, buku teks & aktiviti, pengangkutan & transit)


Sila berurusan di pejabat pengurusan sekolah untuk mendapatkan maklumat lengkap  :

SRINAF
No. 48, Jalan Elektron U16/50H 
Denai Alam, Seksyen U16 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Masa

9.00 pagi - 1.00 tengahari



Kami amat berbesar hati menerima kunjungan anda.

Sessi Persekolahan 2014



A) Kelas Persediaan Pra Sekolah

Sessi ini khusus untuk anak-anak yang berumur 6 tahun.

Terdapat 2 bahagian pembelajaran iaitu ;
1) Pengajian Subjek Teras
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains

2) Siri Pengajian Islam
Aqidah/Tauhid , Ibadah/Feqah, Akhlak, Bahasa Arab, Fardhu Ain, Asas Jawi, Iqra' & Hafazan.

Anak-anak ini  juga akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mampu membantu mereka untuk mempertingkatkan daya pemikiran serta kelangsungan diri.



B) Tahap 1

Sessi ini khusus untuk anak-anak yang berumur 7 - 9 tahun.

Anak-anak ini akan diberikan pendedahan awal mengenai Islam sebagai cara hidup. 
Subjek ;
Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Fardhu Ain, Jawi & Khat, Asas Tajwid, Tilawah Al Quran & Hafazan

Mereka juga akan dinilai dari semasa ke semasa mengenai solat. 








C) Tahap 2

Sessi ini khusus untuk anak-anak yang berumur 10 - 12 tahun.

Anak-anak ini akan terus dilatih untuk mengamalkan cara hidup Islam yang komprehensif. 
Subjek ;
Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Fardhu Ain, Jawi & Khat, Tajwid, Tilawah Al Quran & Hafazan, Amali Solat.

Mereka akan dinilai dengan Ujian Pertengahan Semester, Peperiksaan Akhir Tahun, Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk tahun 5 dan Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) untuk tahun 6.
  


D) Tahfiz Al Furqan

Pengajian ini khusus untuk anak-anak yang berumur 7 - 17 tahun.

Pengajian Al Quran secara bertalaqqi sepenuh masa ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan. Para hafiz & hafizah yang sudah menepati syarat pengajian ini akan diberi peluang untuk  mengikuti kelas persediaan SPM (2 tahun) sebelum mereka di benarkan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.  


NoTa 

a) Sessi Talaqqi Individu (Iqra' & Al Furqan) adalah diwajibkan untuk semua pelajar.
b) Sessi persekolahan : 
    Sessi Pagi (8.00 - 11.00 pagi), rehat 15 minit
    Sessi Petang (2.30 - 5.30 petang), rehat 15 minit
c) Tazkirah Ringkas :
    Setiap Isnin (8.00 pagi & 2.30 petang)
d) Riadah Ringkas :
    Setiap Rabu (8.00 - 9.00 pagi)   




 





Maklumat Sekolah

Sekolah Rendah Islam Nur Al-Furqan (SRINAF) beroperasi secara rasmi pada 1 januari 2013. Mempunyai lesen pendaftaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS BPI 03/05/083/01 JLD3 (021). Kami menawarkan sukatan pelajaran JAIS dan juga JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).



Objektif SRINAF : 

a) Menyediakan sistem pembelajaran yang komprehensif yang menepati silibus terkini
b) Membentuk generasi Al Furqan yang berilmu tinggi dan berakhlak mulia.
c) Melahirkan generasi mukmin yang berpandukan Al Furqan dan Sunnah.

 
Visi SRINAF :

Tawakkal hanya kepada Allah.



Alamat SRINAF :

No 48, Jalan Elektron U16/50H, Denai Alam, Seksyen U16 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia 
Tel : +603 7832 1127 (Azlin Hj. Abdullah)                      
email : srinaf@gmail.com
FB : sri.nuralfurqan