Thursday 19 December 2013

Sessi Persekolahan 2014



A) Kelas Persediaan Pra Sekolah

Sessi ini khusus untuk anak-anak yang berumur 6 tahun.

Terdapat 2 bahagian pembelajaran iaitu ;
1) Pengajian Subjek Teras
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains

2) Siri Pengajian Islam
Aqidah/Tauhid , Ibadah/Feqah, Akhlak, Bahasa Arab, Fardhu Ain, Asas Jawi, Iqra' & Hafazan.

Anak-anak ini  juga akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mampu membantu mereka untuk mempertingkatkan daya pemikiran serta kelangsungan diri.



B) Tahap 1

Sessi ini khusus untuk anak-anak yang berumur 7 - 9 tahun.

Anak-anak ini akan diberikan pendedahan awal mengenai Islam sebagai cara hidup. 
Subjek ;
Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Fardhu Ain, Jawi & Khat, Asas Tajwid, Tilawah Al Quran & Hafazan

Mereka juga akan dinilai dari semasa ke semasa mengenai solat. 








C) Tahap 2

Sessi ini khusus untuk anak-anak yang berumur 10 - 12 tahun.

Anak-anak ini akan terus dilatih untuk mengamalkan cara hidup Islam yang komprehensif. 
Subjek ;
Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Bahasa Arab, Fardhu Ain, Jawi & Khat, Tajwid, Tilawah Al Quran & Hafazan, Amali Solat.

Mereka akan dinilai dengan Ujian Pertengahan Semester, Peperiksaan Akhir Tahun, Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk tahun 5 dan Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) untuk tahun 6.
  


D) Tahfiz Al Furqan

Pengajian ini khusus untuk anak-anak yang berumur 7 - 17 tahun.

Pengajian Al Quran secara bertalaqqi sepenuh masa ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan. Para hafiz & hafizah yang sudah menepati syarat pengajian ini akan diberi peluang untuk  mengikuti kelas persediaan SPM (2 tahun) sebelum mereka di benarkan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.  


NoTa 

a) Sessi Talaqqi Individu (Iqra' & Al Furqan) adalah diwajibkan untuk semua pelajar.
b) Sessi persekolahan : 
    Sessi Pagi (8.00 - 11.00 pagi), rehat 15 minit
    Sessi Petang (2.30 - 5.30 petang), rehat 15 minit
c) Tazkirah Ringkas :
    Setiap Isnin (8.00 pagi & 2.30 petang)
d) Riadah Ringkas :
    Setiap Rabu (8.00 - 9.00 pagi)   




 





No comments:

Post a Comment